Riyadh Restu

Riyadh Restu, Kuang. Smart Tahfiz SPM(STARR) & Kem Motivasi

Terletak lebih kurang 30 km dari pusat Bandar ShahAlam, melalui Lebuhraya Guthrie (GCE) dari Shah Alam dan susur keluar menghala ke Sg.Buloh/Kuala Selangor.Pusat Latihan ini di bawah pentadbiran Yayasan Restu iaitu pusat penyalinan Al-Qur’an yang terletak di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.Ianya menawarkan kemudahan sebagai sebuah pusat latihan dengan rekabentuk bangunan yang bercirikan rumah tradisional melayu. Dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk seminar, kursus dan mesyuarat. Suasana persekitaran perkampungan Melayu akan memberikan ketenangan dan jauh dari kesibukan kota akan memberikan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan